Kek ini cantik apabila dipotong kerana bentuknya seperti dam dengan warna yang menarik.
 
BAHAN-BAHAN:
 
BAHAN A:
  • 6 biji telur
  • 30gm ovalette
  • 120gm gula kastor
 
BAHAN B ( diayak) :
  • 120gm tepung kek
  • 20gm tepung jagung
 
BAHAN C:
  • 50ml minyak jagung
  • ½ sudu teh perisa vanila
 
BAHAN KRIM MENTEGA:
  • 250gm mentega
  • 100gm gula aising
  • ½ sudu teh perisa vanila
 
CARA MEMASAK:

1. KRIM MENTEGA: Putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkrim. Ketepikan
2. KEK: Kesemua bahan A diputar sehingga kembang.
3. Masukkan bahan B, gaul hingga sebati dan putar lagi sehingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan bahan C. Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
5.  Warnakan setiap bahagian dengan pewarna hijau, coklat, merah jambu dan satu bahagian tanpa pewarna.
6.  Masukkan ke dalam loyang yang berlainan (4 biji dulang) dan bakar pada suhu 180°C sehingga masak.
7.  Apabila masak,keluarkan dan sapukan dengan krim mentega. Susun kek yang bewarna di dalamnya secara berselang-seli. Gulung supaya padat.
8.  Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dipotong.



**** SELAMAT MENCUBA****