Resipi Si Manja

Resepi Permulaan : 6 - 8 Bulan 


RESEPI 1 : BUBUR NASI



Bahan - bahan :


25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
450 ml (1¾ cawan) air


Cara memasak


1.Didihkan air. Masukkan beras yang dikisar halus, kacau dari semasa ke semasa.
2.Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
3.Hidangkan semasa panas.

Cadangan


1. Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang(mengandungi Vitamin B dan serat)
2. Tambahkan susu ibu ke dalam bubur




RESEPI 2 : SAYUR KUKUS
sayur - sayuran
Bahan-bahan: 60g (1/2 cawan) lobak merah Air yang secukupnya untuk mengukus Cara memasak: 1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga lembut. 2. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri. Cadangan 1. Hidangkan dengan bubur nasi atau susu ibu sebelum hidang. 2. Lobak merah juga boleh digantikan dengan bayam, labu atau daun sawi. 3. Puri sayur-sayuran boleh dimasukkan ke dalam sup sayur-sayuran.




RESEPI 3 :STEW BUAH - BUAHAN
 

buah - buahan


Bahan-bahan:


100g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana
250 ml (1 cawan) air.

Cara memasak:


1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
3. Lenyek epal dengan menggunakan garfu sehingga menjadi puri.

Cadangan


1. Hidangkan bersama susu ibu.




RESEPI 4 :STOK AYAN DAN IKAN BILIS


bahan - bahan


 1. Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku daripada tulang ayam.

 2. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.

 3. Didihkan 1 liter air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, reneh ayam selama 45 minit atau sehingga pati tinggal separuh daripada jumlah asal.

  4. Tapis dan biarkan sejuk. Kemudian sejukkan di dalam peti 
sejuk semalaman. Setelah disejukkan, buang lapisan lemak di bahagian atas.






5. Stok boleh disimpan di dalam peti sejuk selama seminggu atau boleh disejuk bekuan sehingga sebulan.










RESEPI 5 : BUBUR NASI  DENGAN TAUHU DAN KACANG PIS


bahan - bahan
25g (2 sudu makan) beras
25g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
15g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
500ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Cara memasak
1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam.
2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu), dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
3. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
4. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.



RESEPI 6 : IKAN DENGAN SAYUR






bahan - bahan 

60g (1/4 cawan) kepingan ikan, dikukus
12g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit dan dimasak
10g (1 sudu makan) lobak merah, dipotong kecil dan dimasak
15g (1 sudu makan) ubi keledek, dipotong kecil dan dimasak
60ml (4 sudu makan) susu ibu

 
Cara memasak


1. Masukkan semua bahan (kecuali susu ibu) ke dalam mesin pengisar dan lenyek sehingga menjadi puri.
2. Masukkan susu ibu atau stok buatan sendiri dan kacau sebelum menghidang bersama bubur nasi. 



RESEPI 7 : STEW AYAM DENGAN SAYUR - SAYURAN





bahan - bahan: 

60g (1/4 cawan) isi ayam, dipotong kecil
45g (1/2 biji) ubi kentang bersaiz sederhana, dibersihkan dan dipotong
10g (1 sudu makan) lobak merah, dibersihkan dan dipotong
15g (1 sudu makan) kacang pis, dikupas kulit
15ml (1 sudu makan) minyak sayuran
500ml (2 cawan0 stok sayuran, disediakan sendiri
5g (1 sudu teh) tepung beras


Cara memasak


1. Panaskan minyak di dalam periuk dengan api yang kuat. Salut daging dengan tepung dan goreng sehinggan kekuningan.
2. Masukkan pati sayuran dan tutup periuk. Renehkan dengan api yang perlahan selama 20 minit.
3. Masukkan ubi kentang, lobak merah, dan kacang pis. Tutup dan renehkan selama 15 minit.Lenyek stew sehingga menjadi puri.

Cadangan
1. Hidangkan bersama bubur nasi.
2. Ayam boleh digantikan dengan daging lembu. 




Resepi Permulaan : 9 - 11 Bulan

RESEPI 8 : SUP BIHUN DENGAN UBI KELEDEK, LOBAK DAN BUNGA KOBIS


Bahan-bahan :

15 g bihun, direndam dalam air sejuk selama10 minit
15 g (1 sudu makan) ubi keledek, dikupas dan dipotong dadu
10 g (1 sudu makan) lobak merah dipotong dadu
15 g (1 sudu makan) bunga kobis, dipotong dadu
60 g (¼ cawan) isi ikan (tenggiri/kurau/ikan merah)
400 ml (1¾ cawan) air

Cara memasak

1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan ubi keledek dan lobak merah dan masak sehingga lembut.
3. Masukkan bunga kobis dan diikuti dengan ikan. Masak sehingga lembut.
4. Masukkan bihun, teruskan memasak sehingga bihun menjadi lembut.
5. Lenyek sehingga lembik dengan menambah air yang secukupnya



RESEPI 9 : CAMPURAN DAGING & SAYUR - SAYURAN (JAGUNG MANIS, UBI KENTANG, AYAM)






bahan - bahan :


60g (1/4 cawan) dada ayam, dimasak, dibuang tulang dan kulit 90g (1 biji) ubi kentang,dikupas dan dipotong dadu 20g (2 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu 30g (2 sudu makan) jagung manis 125ml (1/2 cawan) stok ayam 30ml (2 sudu makan) susu ibu 10g (1 sudu makan) bawang besar, dicincang

Cara memasak
1. Rebus bawang besar dengan stok ayam di dalam periuk. 2. Masukkan ubi kentang. Tutup dan renehkan selama 15 minit sehingga ubi kentang menjadi lembut. 3.Masukkan jagung dan masak lagi selama 2-3 minit. 4. Akhirnya masukkan ayam dan rebus sehingga masak. 5. Kisar campuran sehingga menjadi kasar. 6. Masukkan susu ibu dan hidang.

Cadangan
1. Anda boleh melenyek dengan belakang sudu semasa memberi anak anda makan. 2. Hidang bersama nasi lembik.
RESEPI 10 : CAMPURAN BIJIRIN (BUBUR KEI - CHI BERSAMA IKAN)


bahan - bahan: 

60 g (½ cawan) nasi
20 g (2 sudu teh) kei-chi (biji wolfberry)
60 g (¼ cawan) kepingan ikan, dipotong kecil
10 g (1 sudu makan) lobak merah, dipotong dadu
25 g (1 biji) tomato, dibuang kulit dan biji
10 g (1 biji) bawang merah, dicincang
5 g (1 ulas) bawang putih, dicincang
15 ml (1 sudu makan) minyak sayuran
375 ml (1½ cawan) air

Cara memasak
1.Tumis bawang merah dan bawang putih dengan menggunakan minyak sayuran sehingga kekuningan.
2.Masukkan air dan rebus nasi, kei-chi dan lobak merah di dalam periuk sehingga lembut. Masukkan tomato diikuti dengan kepingan ikan dan masak selama 3 minit.
3.Lenyek campuran sehingga lembik.

Cadangan
1.Ikan boleh digantikan dengan daging yang lain mengikut citarasa anda. 



:::SELAMAT MENCUBA:::

No comments:

Post a Comment