Sunday, 27 July 2014

Jangan Cemas Jika Kehamilan Songsang


Assalamualaikum... lamanya tak keudara.... heehehhee....
best tak tajuk kita ni... inilah pengalaman lynn... mengandung dan melahirkan anak songsang...
 perasaan gembira danuy takut bercampur baur bila lynn di beritahu baby dalam kandungan lynn songsang... mana tak takut dalam sejarah family kedua - dua belah tak der pun di lahirkan songsang...

dah la pengandung anak sulung dan tak de pengamala

Anda didiagnos kehamilan songsang? Pasti ia mengundang kegusaran terutama di saat-saat akhir kehamilan kan? Jangan stresskan diri anda kerana ia bukanlah perkara luar biasa dan bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Anda tidak semestinya perlu menjalani ceasarean dan masih berpeluang untuk bersalin secara normal.
Kelahiran songsang terjadi apabila punggung  atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda; bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang iaitu:
✿ JELAS – punggung di bawah dan kaki terbengkok  / menghadap muka
✿ PENUH – bayi anda duduk bersila
✿ RINGAN – satu atau dua lutut/kaki  bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim.

kedudukan baby dalam kandungan

PUNCA BAYI BERADA DALAM KEDUDUKAN SONGSANG:
Kedudukan bayi songsang mungkin disebabkan beberapa kemungkinan berikut:
✿ Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke 37 kehamilan iaitu sebelum bayi memusingkan kepala ke bawah dengan sendiri.
✿ Anak kembar atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehadkan pergerakan mereka untuk berpusing ke bawah sebelum bersalin.
✿ Cecair air ketuban yang terlalu banyak  atau terlalu sedikit. Air ketuban yang terlalau banyak boleh memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat akhir kehamilan. Air ketuban yang terlalu kurang pula mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat akhir kehamilan jika kepala bayi masih di atas.
✿ Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid terlalu besar, ia juga boleh menghalang bayi menukar posisi.
✿ Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lepas.
✿ Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti down sindrom, anencephaly atau hydrocephhalus.

rujuk pada yang pakar

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic  version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik  anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam 2 per 3 kes, walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran biasa.

Perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
✯ Luangkan lebih banyak masa dalam posisi merangkak. anda boleh lakukan sambil membaca majalah atau surat khabar. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah.

senaman ketika mengandung

✯ Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan memabantu bayi anda berpusing.
✯ Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus dan letakkan pula pek berisi air suam di bahaagian bawah. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah haba
✯ Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap. Mainkan berulang kali dengan menggunakan headphone dan letakkan berdekatan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda bergerak mendekati suara anda.
✯ Senaman tilt position. Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud dalam solat. Oleh kerana itu, ketika sujud, anda digalakkan untuk sujud lebih lama daripada biasa. Pada masa yang berdoalah dalam hati agar bayi anda akan mengubah posisi ke keadaan normal. Menurut pendapat pakar, anda boleh melakukan kaedah ini 20 minit sehari.
✯ Lampu suluh. Halakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannys supaya bayi anda akan bergerak ke arah cahaya.
✯ Pujukan. Kerap berbual dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.
✯ Doa. Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi anda menukar posisi ke kedudukan yang betul dan dipermudahkan proses bersalin kelak.

Ingin mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE?. Caranya mudah sahaja, hanya hubungi lynn....


terima kasih kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut: 



* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!

No comments:

Post a Comment