Sunday 21 February 2016

Tingkatkan Jualan Di Istagram

Assalamuaaikum....

Apa yang ada di dalam DVD ni sehingga Lynn cadangkan beli?

Sebab Lynn sudah pun aplikasikan ilmu yang diajar oleh Sifu Instagram Ismail Arsad. Hasilnya follower meningkat. Jualan berkeuntungan 4 angka sebulan. Dengan hanya memFOKUSkan 3 bulan masa. 

Lynn Share sikit ye..

RAHSIA bagaimana nak buat prospek di IG tak sabar nak beli...
Walaupun kita hanya upload gambar tanpa caption 

Ini antara TIPS penting yang anda KENA FOLLOW:
========
1# Followers Yang TARGETED
========
Bila kumpul Follower di Instagram, pastikan kita tarik prospek yang targeted.
Jangan main tangkap muat semua orang untuk follow IG kita.

Contoh dalam kes gambar yang anda tengok di wall saya tadi, Follower yang disasarkan adalah golongan ibu muda.

=========
2# Gambar Yang MENARIK & JELAS
=========
Bila kita dah ada Follower yang targeted @ berkualiti, tak bermaksud jualan akan mudah berlaku.
Kena pulak pastikan gambar yang kita guna MENARIK (nama pun Instagram).
.
Selain daripada gambar tu menarik, kena pastikan produk kita nampak JELAS.
Kalau perlu, letak sekali Call to Action dalam gambar.

==========
3# Profil Instagram Yang 'PRO'
==========
Bila sebut tentang PROFIL ni, ia melibatkan banyak benda. 
.
Antaranya:
... a) Pastikan ada nombor untuk prospek Whatsapp di profil IG kita
... b) Strategi posting yang KONSISTEN (jangan bukak 'Kedai Runcit' @ semua benda jual kat IG yang sama)

==========
Nak Lagi Banyak Tips, Teknik & Strategi POWER?
==========

Kalau anda nak lebih banyak teknik & strategi untuk tingkatkan jualan anda di Instagram, saya suka syorkan DVD Revolusi Manipulasi Instagram terbaru Tuan Ismail Arsad.

Ada 17 modul yang sangat best dalam DVD tersebut.
Antaranya:
1. Cara BETUL untuk bina profil BISNES di Instagram (bukan profil personal yer...)
2. Cara Naikkan Followers (ada 9 teknik tu...)
3. Strategi Posting & Hashtag
4. Cara Buat Instagram Ads (ini memang superb punya topik!)
5. Teknik Gandakan Duit di IG
.
KLIK sini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Letopskan bisnes di IG -->

http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=lynn

Letopskan bisnes di IG --> 

http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=lynn

Letopskan bisnes di IG --> 

http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=lynn

===============
Tunggu! 
Ada BONUS KHAS
===============
Kalau anda bertindak SEKARANG, saya nak beri anda TIGA BONUS khas.
1# Facebook Support Group (diuruskan oleh Tuan Ismail Arsad)

2#. Aplikasi khas untuk Android supaya anda boleh install sehingga 4 akaun Instagram dalam 1 phone

3# Group coaching Storycopywriting yang bernilai RM550, secara PERCUMA.

*** Bonus #3 adalah hadiah ekslusif daripada Farah jika anda mendapatkan Pakej Advance Instagram Power.

==========
Cara Order
==========
KLIK sini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Letopskan bisnes di IG -->

http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=lynn

Letopskan bisnes di IG --> 

http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=lynn

Letopskan bisnes di IG --> 

http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=lynn

===========
Ada Soalan?
===========
Sila SEGERA bertanya saya ya 😊

#AllahCEOKita

Lynn
01126518526 (WhatApss)

Friday 27 November 2015

Minuman Selepas Period

Assalamualaikum......
Korang apa khabar.....  lamanya tak menulis....
Dah bersawang pun blog ni....

Ok...har ini nak share sikit amalan selepas period .

BAHAN2

halia ( anggaran besar ibu jari )
kunyit ( anggaran besar ibu jari )
serai ( dua batang )
daun pandan (2 helai )
gula batu atau madu ( ikut tekak )
air 3 cawan

tambahan jika perlu :::

:::: sireh ( 2 helai ) jika korang mengalami masalah keputihan

::::: manjakani ( 1biji ) utk merapatkan bahagian bawah : tidak sesuai utk anak dara

===============

basuh bahan dan rebus semua bahan
3 cawan air hingga jadi 1 cawan air
tak perlu di potong / di hiris ( kalau nak hiris pun terpulang )

selepas air dah kering menjadi 1 cawan tutup api minum ketika suam ( tak perlu di blend )




kelebihan minuman ni
😍membersihkan rahim selepas period
😍mengeluarkan angin
😍anti kanser
😍 memecahkan lemak - lemak
😍 mengurangkan masalah bau badan
😍 kalau ada masalah kemaluan berbau pun elok minum ni

πŸ‘‰πŸΌπŸ‘‰πŸΌminum sebulan sekali selepas period saja

# boleh di minum oleh anak dara . mak dara
ibu menyusu ( ikut kesesuaian bayi )

tidak sesuai utk IBU MENGANDUNG
===
SEDAP KE ?? rasa apa ?
πŸ‘‰πŸΌ tak rasa apa2 malah air ni wangi ( sebab sesuai untuk bau badan )  ada gula batu di jamin tak pahit 😊 tapi halia jangan lebih - lebih nanti rasa pedas lak

jika korang tambah manjakani SUMPAH PAHIT GILA πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚  kalau tak tambah ok je

-------
boleh amalkan if period tak teratur  .tapi SEBULAN SEKALI SAJA uolss jangan nak buat banyk kali ye dalam sebulan.  minuman ni memang untuk sebulan sekali saja.. Sebab penggunaan manjakani, sireh  , kunyit yang berlebihan akan menyebabkan cepat putus haid. Dalam erti kata lain cepat monopous. Umur 40an da monopous. Xnak yeeee ,, petua ni elok untuk badan..tapi kalau berlebihan efek bdan lak.sama macam ubat

======

pendapat peribadi...

dah 3 bulan amal minum ni . memang badan rasa ringan , sendawa besar . bau badan pun berkurang . rasa sihat je

Lynn memang suka amal benda macam ni boleh percaya cara lama dari ubat - ubat kalau libatkan dalaman .

selamat beramal !
share kalau suka 😍😍

Wednesday 29 July 2015

POWER OF NECK

Assalamualikum.... Apa kabar semua? Lama dah tak menjenguk korang semua di sini... Macam mana raya? Mestilah best, namakan raya...

Terlebih dahulu  Lynn susun sepuluh jari memohon maaf jika selama ini ada coretan Lynn yang membuatkan korang tidak senang dan kurang selesa... Maaf ye, salam kosong - kosonag buat pembaca yang budiman sekalian...


Batch berganti Batch,
Bulan berganti Bulan,
Seorang demi Seorang,
Dari Besar ke Kecik,
Dari Gemuk ke Kurus,
Dari XXXL ke XXL,
Dari XXL ke XL,
Dari XL ke L..

Bahkan,

Ada yang Terpaksa Skip,
Dari XXL ke M,
Dari XL ke Xs..

Wow!!

Ini belum cerita tahap kesihatan mereka lagi.

Ada jugak, yang dulunya ambil drug.. Dah stop.

Ada jugak, yang dulunya bacaan gula dan kolestrol tinggi.
Kini normal.

Ada jugak, yang dulunya hampir strok..
Kini, aktif bahagia.

Ada jugak yang dulunya bertahun-tahun menanti gelak tawa anak,
Kini termengandung

Ada jugak yang dulunya mengandung bertahun-tahun,
Kini dah bersalin normal.

Hehehe..

Bersalin tanpa anak.

Macam-macam ragam ada dalam NECK.

Syukur kepadaNya, atas nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kami semua untuk terus membantu mereka.

Alhamdulillah.

Kini, mereka mampu mempertingkatkan amal ibadat kepadaNya selain berbahagia bersama insan-insan tersayang.

Jangan kata anda bahagia, jika bulan-bulan menghabiskan masa berdating di hospital.

Tiada siapa sanggup walaupun si kaya sekalipun.
Inikan mereka yang bersederhana.

Tiada lagi masa untuk membahagiakan insan-insan tersayang,

Tiada lagi peruntukkan waktu untuk bergembira di hujung minggu,

Tiada lagi sinar ceria melainkan duka menanti ajal.

Jangan! Jangan! Dan Jangan!

Biarkan diri kita mati kerana silap sendiri.

Ia MATI itu Pasti.

TAPI...

Kita perlu berusaha untuk hidup Sihat.

Sedangkan dalam Islam kita dididik untuk amalkan gaya hidup sihat berasaskan sunnah sama ada secara langsung mahupun tak langsung.

Dan non-muslim,
Ia bukan halangan kepada anda semua.

Kita semua sama.
Mampu Kurus dan Sihat.

Bertindaklah sekarang, sebelum OBESITI semakin mudarat.

Tak perlu tunggu anda OBES, baru nak bertindak.

Kerana MASA tidak menanti anda.




POWER of NECK!!
Limited Opportunity!!

Berminat?

Wasup 01126518526 : "I'M Power Of NECK!!

Hubungi rakan Agen yang anda kenali.

Kami bantu anda,
Anda bantu Kami..

Kita Kurus dan Sihat sama-sama.

#NECK
#TeamNECK

JOM KURUS DENGAN SIHAT....

Monday 12 January 2015

Multivitamin Terbaik Untuk Anak Kita!!

Assalamualikum... 

Apa khabar korang semua, lamaya dah menaip.. rasanya dah berbulan blog ini bersarang...
Emm... Lynn agak sibuk kebelakangan ni... mohon ampun semua yer...

Setelah lama menunggu, akhirnya pada 1 January 2015, Shaklee telah mengumumkan product terbaru yang dinamakan VITA-LEA FOR CHILDREN!!

Haaaa..kalau orang dewasa ada multivitamin VITA-LEA WITH IRON, kanak-kanak punya pun ada tau!!. 

Sebenarnya sebelum ni VITA-LEA FOR CHILDREN memang dah ada, kalau tak silap Lynn pernah belikan untuk Darwish pada akhir tahun 2012 dulu. Darwish memang suka sangat makan vitamin ni. 

Tapi lepas tu pada 2013, production telah dihentikan sebab Shaklee nak improve formula vitamin ni. 

Dan Alhamdulillah, kini ianya KEMBALI!! 

Seronok la Darwish dan Miqael lepas ni. Boleh makan "gula-gula' perisa Grape yang sangat sihat dan berkhasiat!!

Jom kita tengok kelebihan VITA-LEA FOR CHILDREN ni .....



VITA-LEA FOR CHILDREN ni ada 18 Vitamin dann Mineral yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak - anak kita...

yang penting ianya di hasilkan daripada BAHAN SEMULAJADI sahaja. Contohnya, ia menggunakan PEMANIS SEMULAJADI iaitu XYLITOL. Jadi sangat baik untuk kesihatan gigi kanak - kanak tau...

rasanya pula? semestinya PERASA SEMULAJADI ANGGUR yang sedap .... Bukan perasa sintetik yer... Jadi ibubapa tak perlu risau la yer...



perbandingan VITA-LEA FOR CHILDREN shaklee dengan jenama lain...



Emm... cuba korang bayangkan, anak - anak kita perlu makan sebanyak ini makanan untuk mendapatkan khasiat Vitamin dan Mineral yang sama jumlahnya dalam VITA-LEA FOR CHILDREN...
 
Agak - agaknya cukup ke nutrisi yang kita bekalkan dalam makanan seharian anak - anak kita yer...



Ini pula perbandingan VITA-LEA FOR CHILDREN formula lama (tahun 2013) dengan formula terbaru.. semestinya formula terbaru lagi baik dan bagus...

alhamdulillah, sekarang Lynn dah boleh beri Darwish dan Miqael complete set kanak - kanak macam gambar di bawah nin...


set lengkap kanak - kanak sihat dan pintar :-
omega guard, mealshake, vita-lea for chidren, chewable vitamin c

semoga dengan usaha ini, Allah kurnikan kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda kepada ahli keluarga kami...


VITA-LEA FOR CHILDREN sangat sesuai untuk 4 tahun dan keatas.....



                           Perbandingan chewable vitamin c dengan vita-lea for chidren......

Ibu dan Papa doakan semoga Darwish dan Miqael menjadi orang yang soleh, bertaqwa, kaya dan berjaya di duania serta akhirat...amin..

korang berminat nak beri yang TERBAIK untuk anak - anak korang juga?
Insya Allah Lynn sedia membantu....



terima kasih kerana sudi membaca dan semoga memberi manfaat....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut: 




* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!

Wednesday 26 November 2014

Tip Tambah Susu Badan Secara Semulajadi Dan Sihat

susu ibu makanan pertama baby

Assalamualilkum, apa kabar semua pembaca blog Lynn.. Lynn harap korang semua sihat - sihat...Entry kali Lynn nak kongsi dengan korang tip yang Lynn amalkan sehingga sekarang untuk menambah susu badan jika susu berkurang...

Korang tahu tak untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja korang sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan bahawa susu mereka  tiada, susu mereka kurang. 

kebaikan susu ibu


Tahukan korang bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi pada hakikatnya ilmu di dada tentang ilmu penyusuan yang cetik seta tiada mentor untuk bertanya.. Menyusu bayi nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Lynn tidak menuduh tapi ini adalah pengalaman diri Lynn sendiri semasa anak pertama dulu... Lynn tak nak korang pun jadi macam Lynn dulu... Rasa menyesal dan rasa bersalah pada anak sulung Lynn menebal, hak dia tapi Lynn abaikan... Tangugjawab Lynn untuk menyusukan anak sulung tidak Lynn laksanakan...  

Oklah kita sambung tip yang Lynn nak kongsikan dengan korang hari ini... Disini Lynn nak kongsikan tips bagaimana cara  untuk menambah susu badan.

Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.  Antaranya ialah:

Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

lobak putih

Buah longan kering

- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

longan
Kurma

- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

kurma
Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

pucuk betik

pegaga dan ulam - ulaman

madu lebah
Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi dagang

halba
Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

habbatul sauda
Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.


pokok kelor

Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak, ulam.. 


jantung pisang

Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang. Di campur pulak dengan keledek... memang terbaik la..

pokok cekur manis
Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.

kasang soya

Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


air paling penting


Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.


piramat pemakan seimbang


Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.


minda yang positif


Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.


kekerapan mengepam adalah di galakkan


Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara tip - tip menambah susu badan. Kalau korang nak tahu ada diantaranya Lynn amalkan... Kesannya memang menakjupkan... Rugi tau kalau tak mencuba...

amalkan doa setiap hari

Selain itu, Lynn juga mengamalkan supplement tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam badan... Maklum la, Lynn merupakan seorang ibu yang bekerja cepat rasa letih, tiada tenaga... manala tahu ibu - ibu di luar sana kadang - kadang stress dan tertekan... 

antara supplement yang lynn amalkan untuk mengekalkan kecergasan badan serta sebagai penggalak penghasilan susu badan..


Oleh itu, Lynn mencadangkan agar korang mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh korang. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya... Serta tanggungjawab untuk menunaikan hak seorang anak dapat di berikan sehingga berumur 2 tahun dan seterusnya mengkut syariat yang ditetapkan kepada kita sebagai seorang ibu..

terima kasih kerana sudi membaca dan semoga memberi manfaat....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut: 



* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!

Sunday 27 July 2014

Jangan Cemas Jika Kehamilan Songsang


Assalamualaikum... lamanya tak keudara.... heehehhee....
best tak tajuk kita ni... inilah pengalaman lynn... mengandung dan melahirkan anak songsang...
 perasaan gembira danuy takut bercampur baur bila lynn di beritahu baby dalam kandungan lynn songsang... mana tak takut dalam sejarah family kedua - dua belah tak der pun di lahirkan songsang...

dah la pengandung anak sulung dan tak de pengamala

Anda didiagnos kehamilan songsang? Pasti ia mengundang kegusaran terutama di saat-saat akhir kehamilan kan? Jangan stresskan diri anda kerana ia bukanlah perkara luar biasa dan bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Anda tidak semestinya perlu menjalani ceasarean dan masih berpeluang untuk bersalin secara normal.
Kelahiran songsang terjadi apabila punggung  atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda; bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang iaitu:
✿ JELAS – punggung di bawah dan kaki terbengkok  / menghadap muka
✿ PENUH – bayi anda duduk bersila
✿ RINGAN – satu atau dua lutut/kaki  bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim.

kedudukan baby dalam kandungan

PUNCA BAYI BERADA DALAM KEDUDUKAN SONGSANG:
Kedudukan bayi songsang mungkin disebabkan beberapa kemungkinan berikut:
✿ Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke 37 kehamilan iaitu sebelum bayi memusingkan kepala ke bawah dengan sendiri.
✿ Anak kembar atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehadkan pergerakan mereka untuk berpusing ke bawah sebelum bersalin.
✿ Cecair air ketuban yang terlalu banyak  atau terlalu sedikit. Air ketuban yang terlalau banyak boleh memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat akhir kehamilan. Air ketuban yang terlalu kurang pula mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat akhir kehamilan jika kepala bayi masih di atas.
✿ Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid terlalu besar, ia juga boleh menghalang bayi menukar posisi.
✿ Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lepas.
✿ Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti down sindrom, anencephaly atau hydrocephhalus.

rujuk pada yang pakar

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic  version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik  anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam 2 per 3 kes, walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran biasa.

Perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
✯ Luangkan lebih banyak masa dalam posisi merangkak. anda boleh lakukan sambil membaca majalah atau surat khabar. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah.

senaman ketika mengandung

✯ Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan memabantu bayi anda berpusing.
✯ Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus dan letakkan pula pek berisi air suam di bahaagian bawah. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah haba
✯ Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap. Mainkan berulang kali dengan menggunakan headphone dan letakkan berdekatan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda bergerak mendekati suara anda.
✯ Senaman tilt position. Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud dalam solat. Oleh kerana itu, ketika sujud, anda digalakkan untuk sujud lebih lama daripada biasa. Pada masa yang berdoalah dalam hati agar bayi anda akan mengubah posisi ke keadaan normal. Menurut pendapat pakar, anda boleh melakukan kaedah ini 20 minit sehari.
✯ Lampu suluh. Halakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannys supaya bayi anda akan bergerak ke arah cahaya.
✯ Pujukan. Kerap berbual dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.
✯ Doa. Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi anda menukar posisi ke kedudukan yang betul dan dipermudahkan proses bersalin kelak.

Ingin mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE?. Caranya mudah sahaja, hanya hubungi lynn....


terima kasih kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut: 



* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!

Wednesday 23 July 2014

Sup Ketam Istimewa Untuk Pesakit Deman Denggi

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua pembaca semua..... Minta maaf lah banyak-banyak kerana akhir-akhir ini Lynn teramatlah sibuk dan tidak sempat untuk mengeluarkan apa-apa entri di blog ini.

Untuk pengetahuan pembaca semua, baru-baru ini kita dikejutkan dengan serangan wabak denggi seluruh negara... awasi persekitaran kawasan kediaman korang dengan nyamuk... kecil - kecilnya boleh membaya maut tau... bahaya - bahaya...
Sebenarnya resipi Sup Ketam ini Lynn masak setiap kali anak - anak Lynn demam... alhamdulillah, sejak mengamalkannya anak - anak Lynn akan beransur sembuh dari demam...

Oleh itu, sempena dengan penyakit Demam Denggi yang telah menyerang seluruh negara, di sini Lynn ingin berkongsi satu resipi yang sangat sesuai untuk menjamu para pesakit Demam Denggi. Kalau korang nak tahu, Sup Ketam ini boleh mengurangkan panas dan menjadikan darah pesakit Demam Denggi kembali normal seperti biasa. Apa lagi yang ditunggu, jom kita memasak...




Bahan-bahan lazim untuk memasak Sup Ketam ialah ketam (kalau dapat Ketam Nipah lagi baik)...
bahan - bahan:
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- lada putih
- sup bunjut
- ubi kentang
- daun sup
- daun bawang
- bawang goreng
- minyak
- air.
- garam
- serbuk perasa


cara - cara:

- Ketam perlu dibersihkan dan kerat 2 atau 4 bahagian
- bawang putih, bawang merah dan halia di kisar/ tumbuk
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau
- bila dah naik bau dan garing, masukkan air (mengikut selera korang)
- masukkan sup bunjut dan ubi kentang
- bila dah mendidih masukkan ketam, garam dan serbuk perasa..



Tetapi jangan masukkan air secara berlebihan kerana bimbang hilang rasa kemanisan isi ketam .



Semasa hendak dihidangkan itu, sila hiriskan daun bawang dan daun sup kasar-kasar dan tabur ke dalam mangkuk Sup Ketam itu dan taburkan juga bawang goreng . Beginilah hasilnya masakan Sup Ketam istimewa untuk para pesakit Demam Denggi. Untuk pengetahuan korang semua, rasa Sup Ketam ini tidak hanyir tetapi manis isi ketam itu benar-benar membuatkan kita hendak terus menghirup kuahnya hingga licin. Apa tunggu lagi, jomlah cuba. Janganlah asyik memasak ketam dengan menu yang sama. Asyik-asyik Masak Lemak, Masak Kari, Masak Sambal dan Masak Black Pepper. Sesekali cuba pula resipi Sup Ketam ini ya pembaca. Akhir kalam, pastikan ketam itu dicuci bersih dan lada putih wajib ditumbuk dan dimasukkan ke dalam Sup Ketam ini. 
terima kasih kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut:-




* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!