susu ibu makanan pertama baby |
Assalamualilkum, apa kabar semua pembaca blog Lynn.. Lynn harap korang semua sihat - sihat...Entry kali Lynn nak kongsi dengan korang tip yang Lynn amalkan sehingga sekarang untuk menambah susu badan jika susu berkurang...
Korang tahu tak untuk menjayakan perjalanan penyusuan si manja korang sehingga dua tahun atau sekurang-kurangnya 6 bln, banyak factor yang mesti diambil perhatian. Ramai ibu-ibu menyatakan bahawa susu mereka tiada, susu mereka kurang.
kebaikan susu ibu |
Tahukan korang bahawa..tiada isitilah susu tiada atau susu kurang tetapi pada hakikatnya ilmu di dada tentang ilmu penyusuan yang cetik seta tiada mentor untuk bertanya.. Menyusu bayi nampak mudah. Namun hakikatnya tidak. Si ibu perlulah kuat semangat dan mempunyai keazaman yang tinggi. Lengkapkan ilmu tentang penyusuan. Lynn tidak menuduh tapi ini adalah pengalaman diri Lynn sendiri semasa anak pertama dulu... Lynn tak nak korang pun jadi macam Lynn dulu... Rasa menyesal dan rasa bersalah pada anak sulung Lynn menebal, hak dia tapi Lynn abaikan... Tangugjawab Lynn untuk menyusukan anak sulung tidak Lynn laksanakan...
Oklah kita sambung tip yang Lynn nak kongsikan dengan korang hari ini... Disini Lynn nak kongsikan tips bagaimana cara untuk menambah susu badan.
Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara
cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat
pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk
booster. Antaranya ialah:
Lobak putih
-
Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga
dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
lobak putih |
Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
longan |
Kurma
-
Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah
protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia
juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan
terutamanya buat ibu menyusu
kurma |
Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
pucuk betik |
pegaga dan ulam - ulaman |
madu lebah |
Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi dagang
halba |
Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
-
Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat
sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati
pelbagai penyakit kecuali maut. Boleh didapati dalam bentuk kapsul.
habbatul sauda |
Moringa/murunggai/pokok kelor
-
Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali
sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu
ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh
didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.
Jantung pisang
Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang. Di campur pulak dengan keledek... memang terbaik la..
pokok cekur manis |
Kacang soya
-
Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu
diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu.
Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak
digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan
negatif kacang soya yang tidak diingini.
Pengambilan Air
-
Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong
supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.
Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu
menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3
liter sehari.
air paling penting |
Pemakanan seimbang
-
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan
dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan
dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah
menjaga kesihatan diri.
piramat pemakan seimbang |
Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari
sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan
beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi.
Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi
pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan
bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa
lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan
pengeluaran susu ibu.
minda yang positif |
Kekerapan mengepam
-
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS
SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak
mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.
Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast
penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang
akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali
terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
kekerapan mengepam adalah di galakkan |
Doa
-
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan
sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda
sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Point-point
di atas adalah antara tip - tip menambah susu badan. Kalau korang nak tahu ada diantaranya Lynn amalkan... Kesannya memang menakjupkan... Rugi tau kalau tak mencuba...
Selain itu, Lynn juga mengamalkan supplement tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam badan... Maklum la, Lynn merupakan seorang ibu yang bekerja cepat rasa letih, tiada tenaga... manala tahu ibu - ibu di luar sana kadang - kadang stress dan tertekan...
Oleh itu, Lynn mencadangkan agar korang mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh korang. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya... Serta tanggungjawab untuk menunaikan hak seorang anak dapat di berikan sehingga berumur 2 tahun dan seterusnya mengkut syariat yang ditetapkan kepada kita sebagai seorang ibu..
amalkan doa setiap hari |
Selain itu, Lynn juga mengamalkan supplement tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam badan... Maklum la, Lynn merupakan seorang ibu yang bekerja cepat rasa letih, tiada tenaga... manala tahu ibu - ibu di luar sana kadang - kadang stress dan tertekan...
antara supplement yang lynn amalkan untuk mengekalkan kecergasan badan serta sebagai penggalak penghasilan susu badan.. |
Oleh itu, Lynn mencadangkan agar korang mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh korang. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barulah penyusuan dapat berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya... Serta tanggungjawab untuk menunaikan hak seorang anak dapat di berikan sehingga berumur 2 tahun dan seterusnya mengkut syariat yang ditetapkan kepada kita sebagai seorang ibu..
terima kasih kerana sudi membaca dan semoga memberi manfaat....
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut:
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut:
* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE !!
No comments:
Post a Comment