Jom Masak

Assalamualaikum & welcome to all readers. Thank you very much for visiting my blog - 
Lynn Yuskandar


RESEPI 1 :KETUPAT SOTONG



bahan - bahan:-

1 kg sotong (yg sedap bertelur)

250g pulut

250g santan pekat

250g gula merah

garam secukup rasa

2 helai daun pandan

1/2 cawan air


cara - cara:-

1. bersikan sotong. masukkan pulut 2/3 bahagian dalam badan sotong. satukan kepala dengan badan menggunakan lidi/ pencungkil gigi.

2. masak gula melaka dengan air dan tapiskan

3. masukkan gula merah yang ditapiskan kedalam santan pekat.

4. msaukkan garam dan daun pandan.

5. masukkan sotong kedalam bahan - bahan tadi. masak sotong sehingga ia pekat.

SELAMAT MENCUBA!!!!!



resepi 2: cheesecake biskut

 

 bahan - bahan:-
- cream cheese (250gm)
- biskut
- 1/2 tin susu pekat/krimer manis
- nestum
- susu segar

cara - cara:-
- pukul cream cheese dalam seminit dua. guna mixer bole nak pukul secara manual pun bole.
- masukkan 1/2 tin susu pekat/krimer manis ke dalam cream cheese tadi. sukatan susu manis ni mengikut kesukaan masing-masing gak. sila tambah atau kurangkan ikut selera.
- kacau cream cheese + susu manis sehingga sebati dan ketepikan buat sementara.
- rendam/celupkan biskut ke dalam susu segar. sila berhati-hati jangan sampai lembik hancur pula biskut tu. rendam/celup sampai agak-agak kembang sikit kedua belah bahagian biskut tu.
- kemudian susun biskut yang dah direndam/dicelup tadi ke dalam loyang/bekas kek.
- dah siap susun, maka bolehlah sapukan adunan cream cheese + susu manis tadi di atas biskut yang telah disusun sebelumnya. nipis @ tebal sapuan cream cheese tersebut mengikut selera masing-masing ye.
- settle yang tu, bolehlah ditaburkan pula nestum di atasnya. untuk yang ni, disarankan buat taburan yang nipis je. kalau tebal sangat bole menyebabkan kek ni kering sikit.
- siap layer pertama. untuk layer yang seterusnya sila ulang perkara yang sama (4 hingga 7) sehingga adunan cream cheese tadi habis.
- last sekali, taburkan nestum sebagai hiasan. part ni bole la kalau nak taburkan banyak sikit.
kek siap dan bole dimasukkan ke dalam fridge sekurang-kurangnya 4jam sebelum dihidang.

*biskut tu terpulang kat korang. nak gantikan ngan biskut marie @ biskut oreo ke, terpulang. kalau agak-agak nak lemak-lemak masin, guna la cream crackers.

**susu segar pun bole diganti ngan pelbagai jenis susu ikut selera masing-masing

SELAMAT MENCUBA!!!!!

No comments:

Post a Comment