Keguguran atau pembuangan embrio atau janin dari rahim disebabkan oleh kematiannya atau menyebabkan kematiannya.
Jenis-jenis Keguguran
Keguguran spontan – Keguguran disebabkan faktor semula jadi seperti berikut:
• Replika kromosom yang tidak normal
• Faktor alam sekitar
• Trauma pada kandungan yang tidak dapat dielakkan
Keguguran Perubatan (terapeutik) – Keguguran dilakukan atas sebab-sebab perubatan seperti berikut:
• Bagi menyelamatkan nyawa ibu
• Bagi mengekalkan tahap kesihatan fizikal dan mental ibu
• Bagi menghalang kelahiran janin yang dikesan mempunyai kecacatan yang teruk
Keguguran secara paksaan – Keguguran yang sengaja dilakukan, selalunya atas kehendak sendiri disebabkan:
• Melewatkan kehamilan atau tidak mahu mengandung lagi
• Tidak mahu mengganggu kerja atau pelajaran
• Mengelakkan masalah kewangan dan perhubungan• Kehamilan yang tidak dirancang atau diingini kerana tidak menggunakan kontraseptif
Keguguran spontan
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku
kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah
kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini
biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku
lagi.
Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia
berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu
dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang
bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana
jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam
struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada
fasa embrio. – Baby Center-
Selalunya
selepas keguguran pertama, kekuatan rahim sudah terjejas, dan amat
penting untuk anda menguatkan rahim dan elakkan keguguran dari
berulang.
Tips Kuatkan Rahim dan Elak Keguguran:
Pertama :
Amalkan makanan yang segar dah elakkan makanan yang diproses. makanan
yang diproses mengandungi bahan kimia yang memudaratkan.
Kedua: Elakkan pemakanan yang bersifat “tajam” dan “sejuk” – termasuk jeruk, asam boi dan seangkatan dengannya.
Ketiga : Amalkan zikir ini- Al Musowwir. Amalkan secara konsisten dan berdoa bersungguh-sungguh.
Keempat: Amalkan
makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan penghasilan telur
yang sihat. Disarankan mengambil Vitamin E, ESP Shaklee , B Complex
& GLA Complex
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment