Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua pembaca semua..... Minta maaf lah banyak-banyak kerana akhir-akhir ini Lynn
teramatlah sibuk dan tidak sempat untuk mengeluarkan apa-apa entri di
blog ini.
Untuk pengetahuan pembaca semua, baru-baru ini kita dikejutkan dengan serangan wabak denggi seluruh negara... awasi persekitaran kawasan kediaman korang dengan nyamuk... kecil - kecilnya boleh membaya maut tau... bahaya - bahaya...
Sebenarnya resipi Sup Ketam ini Lynn masak setiap kali anak - anak Lynn demam... alhamdulillah, sejak mengamalkannya anak - anak Lynn akan beransur sembuh dari demam...
Oleh itu, sempena dengan penyakit Demam Denggi yang telah menyerang seluruh negara, di sini Lynn ingin berkongsi satu resipi yang sangat sesuai untuk
menjamu para pesakit Demam Denggi. Kalau korang nak tahu, Sup Ketam
ini boleh mengurangkan panas dan menjadikan darah pesakit Demam Denggi
kembali normal seperti biasa. Apa lagi yang ditunggu, jom kita
memasak...
Bahan-bahan lazim untuk memasak Sup Ketam ialah ketam
(kalau dapat Ketam Nipah lagi baik)...
bahan - bahan:
- halia
- bawang
putih
- bawang merah
- lada putih
- sup bunjut
- ubi kentang
- daun sup
- daun bawang
- bawang
goreng
- minyak
- air.
- garam
- serbuk perasa
cara - cara:
- Ketam perlu dibersihkan dan kerat 2 atau 4 bahagian
- bawang putih, bawang merah dan halia di kisar/ tumbuk
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau
- bila dah naik bau dan garing, masukkan air (mengikut selera korang)
- masukkan sup bunjut dan ubi kentang
- bila dah mendidih masukkan ketam, garam dan serbuk perasa..
Tetapi jangan masukkan
air secara berlebihan kerana bimbang hilang rasa kemanisan isi ketam .
Semasa hendak dihidangkan itu, sila hiriskan daun bawang dan daun sup kasar-kasar dan tabur ke dalam mangkuk Sup Ketam itu dan taburkan juga bawang goreng . Beginilah hasilnya masakan Sup Ketam istimewa untuk para pesakit Demam Denggi. Untuk pengetahuan korang semua, rasa Sup Ketam
ini tidak hanyir tetapi manis isi ketam itu benar-benar membuatkan kita
hendak terus menghirup kuahnya hingga licin. Apa tunggu lagi, jomlah
cuba. Janganlah asyik memasak ketam dengan menu yang sama. Asyik-asyik
Masak Lemak, Masak Kari, Masak Sambal dan Masak Black Pepper. Sesekali
cuba pula resipi Sup Ketam ini ya pembaca. Akhir kalam, pastikan ketam itu dicuci bersih dan lada putih wajib ditumbuk dan dimasukkan ke dalam Sup Ketam ini.
sedapnya nmpk..
ReplyDeleteCer try berbuka nanti...
ReplyDeleteBest...