Sunday, 27 July 2014

Jangan Cemas Jika Kehamilan Songsang


Assalamualaikum... lamanya tak keudara.... heehehhee....
best tak tajuk kita ni... inilah pengalaman lynn... mengandung dan melahirkan anak songsang...
 perasaan gembira danuy takut bercampur baur bila lynn di beritahu baby dalam kandungan lynn songsang... mana tak takut dalam sejarah family kedua - dua belah tak der pun di lahirkan songsang...

dah la pengandung anak sulung dan tak de pengamala

Anda didiagnos kehamilan songsang? Pasti ia mengundang kegusaran terutama di saat-saat akhir kehamilan kan? Jangan stresskan diri anda kerana ia bukanlah perkara luar biasa dan bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Anda tidak semestinya perlu menjalani ceasarean dan masih berpeluang untuk bersalin secara normal.
Kelahiran songsang terjadi apabila punggung  atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda; bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang iaitu:
✿ JELAS – punggung di bawah dan kaki terbengkok  / menghadap muka
✿ PENUH – bayi anda duduk bersila
✿ RINGAN – satu atau dua lutut/kaki  bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim.

kedudukan baby dalam kandungan

PUNCA BAYI BERADA DALAM KEDUDUKAN SONGSANG:
Kedudukan bayi songsang mungkin disebabkan beberapa kemungkinan berikut:
✿ Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke 37 kehamilan iaitu sebelum bayi memusingkan kepala ke bawah dengan sendiri.
✿ Anak kembar atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehadkan pergerakan mereka untuk berpusing ke bawah sebelum bersalin.
✿ Cecair air ketuban yang terlalu banyak  atau terlalu sedikit. Air ketuban yang terlalau banyak boleh memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat akhir kehamilan. Air ketuban yang terlalu kurang pula mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat akhir kehamilan jika kepala bayi masih di atas.
✿ Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid terlalu besar, ia juga boleh menghalang bayi menukar posisi.
✿ Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lepas.
✿ Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti down sindrom, anencephaly atau hydrocephhalus.

rujuk pada yang pakar

APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN?
Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic  version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik  anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam 2 per 3 kes, walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran biasa.

Perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
✯ Luangkan lebih banyak masa dalam posisi merangkak. anda boleh lakukan sambil membaca majalah atau surat khabar. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah.

senaman ketika mengandung

✯ Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan memabantu bayi anda berpusing.
✯ Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus dan letakkan pula pek berisi air suam di bahaagian bawah. Bayi akan cenderung untuk bergerak ke arah haba
✯ Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi atau bercakap. Mainkan berulang kali dengan menggunakan headphone dan letakkan berdekatan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda bergerak mendekati suara anda.
✯ Senaman tilt position. Kaedah senaman ini sama seperti anda sujud dalam solat. Oleh kerana itu, ketika sujud, anda digalakkan untuk sujud lebih lama daripada biasa. Pada masa yang berdoalah dalam hati agar bayi anda akan mengubah posisi ke keadaan normal. Menurut pendapat pakar, anda boleh melakukan kaedah ini 20 minit sehari.
✯ Lampu suluh. Halakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannys supaya bayi anda akan bergerak ke arah cahaya.
✯ Pujukan. Kerap berbual dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada di kedudukan yang betul.
✯ Doa. Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat agar bayi anda menukar posisi ke kedudukan yang betul dan dipermudahkan proses bersalin kelak.

Ingin mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE?. Caranya mudah sahaja, hanya hubungi lynn....


terima kasih kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut: 



* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!

Wednesday, 23 July 2014

Sup Ketam Istimewa Untuk Pesakit Deman Denggi

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua pembaca semua..... Minta maaf lah banyak-banyak kerana akhir-akhir ini Lynn teramatlah sibuk dan tidak sempat untuk mengeluarkan apa-apa entri di blog ini.

Untuk pengetahuan pembaca semua, baru-baru ini kita dikejutkan dengan serangan wabak denggi seluruh negara... awasi persekitaran kawasan kediaman korang dengan nyamuk... kecil - kecilnya boleh membaya maut tau... bahaya - bahaya...
Sebenarnya resipi Sup Ketam ini Lynn masak setiap kali anak - anak Lynn demam... alhamdulillah, sejak mengamalkannya anak - anak Lynn akan beransur sembuh dari demam...

Oleh itu, sempena dengan penyakit Demam Denggi yang telah menyerang seluruh negara, di sini Lynn ingin berkongsi satu resipi yang sangat sesuai untuk menjamu para pesakit Demam Denggi. Kalau korang nak tahu, Sup Ketam ini boleh mengurangkan panas dan menjadikan darah pesakit Demam Denggi kembali normal seperti biasa. Apa lagi yang ditunggu, jom kita memasak...




Bahan-bahan lazim untuk memasak Sup Ketam ialah ketam (kalau dapat Ketam Nipah lagi baik)...
bahan - bahan:
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- lada putih
- sup bunjut
- ubi kentang
- daun sup
- daun bawang
- bawang goreng
- minyak
- air.
- garam
- serbuk perasa


cara - cara:

- Ketam perlu dibersihkan dan kerat 2 atau 4 bahagian
- bawang putih, bawang merah dan halia di kisar/ tumbuk
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk sehingga naik bau
- bila dah naik bau dan garing, masukkan air (mengikut selera korang)
- masukkan sup bunjut dan ubi kentang
- bila dah mendidih masukkan ketam, garam dan serbuk perasa..



Tetapi jangan masukkan air secara berlebihan kerana bimbang hilang rasa kemanisan isi ketam .



Semasa hendak dihidangkan itu, sila hiriskan daun bawang dan daun sup kasar-kasar dan tabur ke dalam mangkuk Sup Ketam itu dan taburkan juga bawang goreng . Beginilah hasilnya masakan Sup Ketam istimewa untuk para pesakit Demam Denggi. Untuk pengetahuan korang semua, rasa Sup Ketam ini tidak hanyir tetapi manis isi ketam itu benar-benar membuatkan kita hendak terus menghirup kuahnya hingga licin. Apa tunggu lagi, jomlah cuba. Janganlah asyik memasak ketam dengan menu yang sama. Asyik-asyik Masak Lemak, Masak Kari, Masak Sambal dan Masak Black Pepper. Sesekali cuba pula resipi Sup Ketam ini ya pembaca. Akhir kalam, pastikan ketam itu dicuci bersih dan lada putih wajib ditumbuk dan dimasukkan ke dalam Sup Ketam ini. 
terima kasih kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi Lynn untuk keterangan lanjut:-




* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!