SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung)
Barang
siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan
yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.
amalkan doa setiap hari |
Terjemahannya:
Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.
Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.
Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.
Cara-cara Bacaan.
Wanita
yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca
sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah
usaha anda diberkatiNya.
Sedikit maklumat perubatan tentang keguguran bayi dari kandungan.
Fakta Keguguran
Keguguran
ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada
masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa
keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang
tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam
rahim.
Sebab keguguran
Dalam
kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan
yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian
yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan
kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak
berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.
Risiko keguguran
Beberapa
faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran
iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak
seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung,
sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada
radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang
tersangat panasRahim yang tidak normal
Bila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan
semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus
berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti
berikut :
- Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
- Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
- Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
- Keluar lendir yang berbau dari faraj
- Demam melebihi 38 darjah C
- Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
- Jangan gunakan tampon
- Jangan douche vagina anda
- Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
- Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
- Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.
Dilatation and Curettage (D&C)
Prosedur
ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan
tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau
jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan
semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang
aktiviti yang lebih lasak.
Hamil selepas gugur
Dicadangkan
agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk
hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.
Kehamilan Hampir Gugur
Kehamilan
adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk
bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan
pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang
membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami
keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal
hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang
hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang
meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.
Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?
Wanita
yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu
dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened
miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita
hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan
faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani
kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi
sebelum kandungan berusia 12 minggu.
Gejala dan simptom
Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
- Merah pekat
- Merah cair
- Coklat
- Kadang-kadang sangat sedikit
- Kadang-kadang berketul darah
- Sakit belakang
- Sakit pada ari-ari
- Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur
Bagi
kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti,
tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan
seperti:
- Jangkitan kuman pada faraj
- Polip pada pangkal rahim
- Hamil di luar rahim
- Cancer pangkal rahim
- Bagaimana diagnosa dibuat?
Sekiranya
anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa
dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan
pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat
pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian
ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin
masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk
membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan
dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.
Rawatan
Tiada
rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku.
Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:
Tunggu dan lihat:
Sekiranya
pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu
dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk
atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa
ini.
Kurangkan aktiviti yang lasak:
Anda
akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman
yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko
keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat
dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
Ubat Progesterone:
Anda
mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan
mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko
keguguran.
Tenangkan fikiran:
Jangan
terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar
yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang
sihat.
Risiko Keguguran
Cuma
30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran
sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin
bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening
atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur
atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa
peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik
sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada
dalam keadaan yang baik.
No comments:
Post a Comment