Tuesday, 31 December 2013

solat dhuha, doa dan cara melaksanakannya


jom solat sunat dhuha

Ruang waktu dan waktu afdal 

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).



Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


waktu solat sunat dhuha


cara melaksanakannya

banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukkan solat sunat dhuha ini merangkumi bacaan - bacaan dala solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
cara mengerjakan solat sunat dhuha
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


doa solat sunat dhuha


* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. amin…


terima kasih kerana sudi membaca....
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi saya untuk keterangan lanjut:- 

* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!
Lynn Yuskandar
Shaklee ID : 1065549
leeneren@yahoo.com
011 - 26518526 (Call, SMS, WhatsApp)

Monday, 30 December 2013

kelebihan menjadi ahli shaklee

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sejak
Lynn berkongsi di blog ni mengenai pengalaman Lynn menggunakan Shaklee semasa bersalin hari itu. Produk Shaklee memang mendapat sambutan yang amat baik. Terutamanya Set Hamil,  Set Bersalin dan Set Menyusu. Syukur Alhamdulillah.
 

Tapi, Lynn just nak share, sebenarnya Shaklee ada banyak lagi produk dan vitamin kesihatan yang lain. Sesuai untuk kanak-kanak, orang dewasa dan orang tua.
Kiranya produk Shaklee ni memang sangat sesuai untuk semua golongan dan seisi keluarga. 

 
produk shaklee


Alhamdulillah, berdasarkan feedback dari customer. Memang ramai yang sudah merasai kesannya. Mereka berpuas hati dengan set yang mereka makan.

Alhamdulillah, ramai di antara customer, bila nak buat repeat sale, mereka terus berminat untuk jadi ahli. Sama macam kes Lynn dulu. 


Memandangkan ramai yang bertanya Lynn bagaimana hendak menjadi ahli Shaklee, jadi dalam entry kali ini Lynn nak berkongsi dengan anda tentang bagaimana dan kebaikan menjadi ahli Shaklee. 



BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?
 
Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:- 


 1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage
Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.
 
ATAU 


  2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), 
iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.
 
Anda boleh hubungi Lynn untuk mendaftar, atau gunakan Shaklee ID 1065549 (nurhaslin mustapha kamil) sebagai SPONSOR. Nak jadi ahli Shaklee adalah sangat mudah.
 

Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus.
 

Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ. 


MAINTAIN POINT DAN KEAHLIAN
 
Just nak share, yuran keahlian yang anda bayar tu cuma SEKALI SEUMUR HIDUP. Tak payah renew every year. Boleh pakai seumur hidup.
Kalau anda cuma nak makan sendiri, tak payah maintain points bulanan atau minimum belian. 


Cuma gunakan produk, dan share dengan kawan-kawan dan saudara-mara je. Kalau mereka berminat, boleh beli dengan ID anda. Anda boleh beli pada harga yang murah. Iaitu 25% lebih murah daripada Retail Price. 


Tapi kalau anda ingin mulakan business dan dapat CASH BONUS, barulah anda perlu mempunyai points tertentu setiap bulan.


perbezaan shaklee


 KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
 
1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price) 


2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus. 


3) BERPELUANG membuat biznes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.


4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee. 


5) Mereka yang register dengan Lynn akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini. 


Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini. 


Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya. 


Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah. 


Sebab itulah Lynn rasakan, senang buat business online ni. Dengan bantuan mentor yang dah expert dan lama dalam perniagaan ni


welcome


terima kasih kerana sudi membaca....
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi saya untuk keterangan lanjut:- 

* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!
Lynn Yuskandar
Shaklee ID : 1065549
leeneren@yahoo.com
011 - 26518526 (Call, SMS, WhatsApp)

Monday, 23 December 2013

hebatnya susu ibu





 Fakta Hebat Mengenai Susu Ibu Yang Tak Dijumpa Melalui Kajian.


pelbagai kajian dilakukan untuk mengetahui kehebatan susu yang Allah kurniakan ini. bermacam - macam fakta telah dikongsikan kepada ibu - ibu seluruh dunia. tapi masih ada 50 faktahebat tentang kebaikan susu ibu yang tak dijumpai melalui ana - mana kajian. Dan rasanya ibu - ibu seluruh dunia patut tahu.
  1. merenung mata anak yang dikasihi
  2. memegang si kecil dengan penuh kasih sayang
  3. alasan yang super hebat untuk ibu berehat
  4. ibu menjadi tenang
  5. untuk jangka masa panjang, penyusuan menjadi sungguh mudah
  6. walaupun sibuk bekerja sepanjang hari, ibu pasti yakin yang ibu telah memeluk anak beberapa kali untuk menyusukannya
  7. waktu tidur jadi extra, ye lah bila si kecil minta disusukan awal pagi, kan ibu boleh sambung tidur
  8. perasaan yang sukar diungkapkan, bila kita tahu kita adalah satu-satunya orang yang menyusukan anak supaya membesar
  9. walaupun masih perlu memasak, ibu yakin dia adalah orang yang produktif kerana telah menyusukan anak, sekurang-kurang salah seorang akan berpuas hati :)
  10. paling hebat, menyusukan anak akan membuat mereka duduk diam
  11. pastilah anak yang menyusu akan senyap semasa menyusu
  12. menghilangkan kesedihan anak
  13. dimana sahaja
  14. jika berjalan-jalan, menyusukan anak adalah paling mudah, restoran susu 24 jam
  15. tak perlu pergi ke kedai
  16. tak perlu sabun dan air untuk membasuh
  17. dapat ramain kawan-kawan yang super cool
  18. bila terpaksa ke majlis yang riuh, ibu punya alasan untuk lari, tinggal en suami untuk menjaga anak-anak yang lain
  19. ataupun, ibu boleh saje menyusukan anak di tengah-tengah majlis, yang penting yakin dan aurat terjaga
  20. it just makes sense
  21. bila tengah malam, hanya selak sahaja
  22. susu ibu umpama farmasi yang percuma kepada anak-anak, tiada masalah jangkitan telinga, selsema atau mata berair
  23. bahan buangan anak tak lah busuk sangat
  24. bila anak demam tak mahu makan, susu ibu adalah makanan yang terbaik
  25. berkongsi susu, bila ada ibu memiliki lebihan susu, boleh diberikan pada bayi yang memerlukannya
  26. kurang satu perkara yang perlu dibeli
  27. macam magic, tiba-tiba menjadi tenang
  28. bukan saje dapat meluangkan masa dengan si kecil, ibu juga boleh berhubung dengan anak-anak yang lain
  29. masa menyusukan juga boleh menjadi masa membacakan buku untuk si kecil, paling sesuai untuk ibu yang super sibuk
  30. tak perlu penyediaan
  31. tiada lauk tambahan
  32. tak perlu berbelanja
  33. tiada pembaziran
  34. bayi gembira di dalam kapal terbang, hanya susukan mereka, pasti tiada jeritan
  35. jimat duit
  36. tak perlu plastik, mesra alam sekitar
  37. bunyi anak menyusu yang sangat comel
  38. dapat lihat apakah yang dilakukan bayi semasa menyusu
  39. oxytocin
  40. bonding time dengan si kecil
  41. tidur sambil menyusukan
  42. ayah boleh lakukan macam-macam untuk bayi, tapi bukan menyusukan anak, hebatkan bila hanya ibu yang boleh buat begini
  43. cepat kurus
  44. luka dalaman ketika melahirkan baik dengan cepat
  45. bayi susu ibu adalah orang yang paling sihat di dalam rumah
  46. boleh menonton tv atau membaca semasa menyusukan
  47. membina keyakinan diri
  48. kenangan manis untuk masa hadapan
  49. bau manis bayi yang menyusu badan
  50. CINTA!




bayi dan susu ibu

jadi macam mana, setujukan dengan 50 fakta hebat mengenai susu ibu yang tak dijumpa melalui kajian. hanya ibu dan bayi akan merasakannya, antara nikmat Allah yang paling agung. momen merenung mata dan bertaut jari semasa menyusukan adalah antara yang terindah.

terima kasih kerana sudi membaca....

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk dan berbaloi untuk anda dan keluarga, disamping menjana pendapatan 4 - 5 angka sebulan dari rumah? Hubungi saya untuk keterangan lanjut:-



* FREE CONSULTATION
* BEST PRICE and
* BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE  !!




Lynn Yuskandar
Shaklee ID : 1065549
leeneren@yahoo.com
011 - 26518526 (Call, SMS, WhatsApp)